Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Flip5 – 5 sebab kenapa anda harus menyertai Flip Side

Berkali-kali, Galaxy Z Flip Series telah membuktikan bahawa ia adalah gabungan sempurna antara inovasi dan reka bentuk premium. Selepas hampir lima tahun dipasaran, Ianya kini sentiasa berada didalam hati peminat Galaxy.

Adakah anda telah menyertai flip side? Jika anda tidak boleh berhenti memikirkannya, dapatkan Samsung Galaxy Z Flip5 sekarang dan berikut ialah sebab kukuh mengapa anda memerlukan telefon flip ini dalam hidup anda.

Sebab 1 : Flex Window yang mempunyai personaliti dan kegunaan

Dengan Flex Window yang lebih besar , anda kini mempunyai ruang yang lebih besar untuk ekspresi diri. Paparkan latar belakang yang paling menyeronokkan untuk menunjukkan keperibadian anda dan ubahnya setiap hari agar sesuai dengan mood anda. Atau anda juga boleh membuat latar belakang bergerak anda sendiri dengan klip kegemaran anda. Selain itu, Flex Window yang lebih besar juga membolehkan anda melakukan lebih banyak tugas tanpa membuka telefon pintar.

Sebab ke-2: Galaxy Z Flip yang paling kukuh

Samsung Galaxy Z Flip5 adalah lebih kukuh berbanding mana-mana model Galaxy Flip sebelum ini untuk ketahanan yang lebih baik. seperti yang anda ketahui, ketahanan yang lebih tinggi juga bermakna nilainya meningkat dan ianya akan kekal berkhidmat untuk anda tempoh lebih lama.

Seterusnya, paparan utama Galaxy Z Flip5 ini juga memiliki lapisan penyebaran kejutan dan modul engsel bersepadu. Ia juga dibina dengan bahagian luar yang tahan lasak, diperbuat daripada Corning Gorilla Glass Victus 2 dan Aluminium Armor . Tidak percaya? Tonton video ini di sini: 

Sebab ke-3: Rekaan Flex Hinge yang tertutup rapat

Adakah anda tahu bahawa Flex Hinge kini tertutup rapat  sepenuhnya?! Ini menjadikan telefon Flip ini lebih seksi kerana tiada lagi ruang di tengah dan kurang kemungkinan untuk habuk menyelinap masuk kedalam komponen. Reka bentuk yang padat dan langsing  lebih sesuai di tapak tangan dan poket anda!

Sebab ke-4 : Warna Premium & Teknologi Mampan

Seperti biasa, Galaxy Z Flip5 hadir dalam warna premium dan menawan. anda boleh memilik Galaxy Z Flip5 didalam warna daripada Minit yang futuristik dan mesra alam, warna Cream yang elegan, Lavender yang bergaya atau warna Grafite yang klasik. Selain itu, anda boleh mendapatkan warna eksklusif secara atas tali, seperti Green, Blue, Yellow dan Gray. Tema umum warnanya ialah komitmen kemampanan Samsung. Galaxy Z Flip5 mempunyai komponen yang dibina daripada kaca dan aluminium kitar semula pra-pengguna, dan plastik kitar semula.

Sebab ke-5: Gayakan Z Flip5 anda dengan aksesori unik

 Dapatkan case jernih jika anda mahu keperibadian dalamannya bersinar atau jika anda ingin menyesuaikannya dengan pelekat dan aksesori lain! Gunakan pelekap untuk pegangan yang lebih selamat atau tontonan bebas tangan.

Terdapat juga case Flipsuit baharu, yang disertakan dengan kad NFC interaktif yang secara automatik sepadan dengan paparan Flex Window apabila anda memasukkannya.

Dapatkan Galaxy Z Flip5 Sekarang!

Samsung kini menawarkan promosi pembelian yang hebat dimana setiap pembelian telefon pintar Galaxy Z Fold5 atau Galaxy Z Flip5 akan menerima Galaxy Watch5 Bluetooth 40mm bernilai 899, 40% diskaun PWP bagi pembelian aksesori Samsung , Samsung Care+, Tablet Galaxy , Galaxy Watch dan Galaxy Buds Series serta rebate trade-in bernilai sehingga RM 600.

Promosi bernilai sehingga RM 1,499 ini akan tamat pada 31 Ogos atau sehingga stok masih ada.

Dapatkan Samsung Galaxy Z Fold5 atau Z Flip5 di stor Samsung Experience atau secara atas talian melalui pautan dibawah :

https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip5/buy/

https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-fold5/buy/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.