Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

TikTok Awards Malaysia 2023 – berikut adalah senarai pemenang

TikTok, destinasi terkemuka bagi video mudah alih berformat pendek, telah meniti satu titik sejarah yang bermakna di negara ini, dengan anjuran TikTok Awards yang julung kali diadakan di Malaysia – meraikan kreativiti, inovasi, dan citra semangat komunitinya.

Acara anugerah ini telah diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur pada tanggal 27 Ogos 2023, bagi meraikan para pencipta konten yang giat memahat tanda aras baharu serta mencorak industri kreatif dan penciptaan konten di Malaysia.

Sejak ditubuhkan, TikTok merupakan platform yang memupuk semangat ekspresi kreatif, tulen dan positif, serta membentuk sebuah komuniti yang utuh dan inklusif melalui bahasa yang dikongsi bersama, iaitu video. TikTok Awards 2023 membuktikan impak yang dicetus oleh para pencipta konten ini, yang bukan sahaja memberi ilham kepada jutaan individu, tapi juga memberi definisi baharu kepada kegiatan pembikinan konten digital.

Pemenang-pemenang terbesar malam itu

TikTok Awards telah disampaikan dalam dua segmen: Anugerah Pilihan Popular (People’s Choice), yang membolehkan para peminat mengundi pencipta konten kegemaran mereka mengikut kategori; dan Anugerah Pilihan Juri (Judge’s Pick), di mana para pemenang dipilih oleh sebuah panel eksekutif yang dibarisi Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Television Networks dan Primeworks Studios, Nini Yusof; artis prolifik dan tetamu kehormat, Hael Husaini; serta Pengurus Besar Operasi & Pemasaran TikTok, Asia Tenggara, Angga Anugrah Putra.

Berikut merupakan senarai pencipta konten yang berjaya muncul sebagai pemenang mengikut kategori-kategori TikTok Awards:

People’s Choice Awards:

Creator of the Year: Khairul Aming
Rising Star of the Year: Ikhmal Nour
Popular Creator of the Year: Ryan Bakery
Celebrity of the Year: Aeril Zafrel
Popular Animation Account of The Year: Upin & Ipin
LIVE Creator of the Year: Tigerlabu
TikTok Shop Creator of the Year: Anas Zahrin

Judge’s Pick Awards:

Best of Beauty & Fashion: Shahira Azlan
Best of Education: Sir Asai
Best of Entertainment: Eiqa Maleq
Best of Foodie: Syifa Jamill
Best of Gaming: Sultan Riq
Best of Sports: Khalish
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.