Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei mendominasi pasaran peranti foldable di China – lebih 50% pegangan pasaran

Huawei mendominasi pasaran peranti foldable di China - lebih 50% pegangan pasaran 1

Huawei mendominasi pasaran peranti foldable di China - lebih 50% pegangan pasaran 2

Laporan terbaru bagi pasaran telefon pintar China mendedahkan bahawa Huawei berjaya mendahului pasaran telefon pintar foldable di negara itu dengan 50% pegangan pasaran bagi pertengahan pertama tahun ini.

Pencapaian ini adalah sesuatu yang menakjubkan kerana peranti foldable Huawei tidak mempunyai sokongan 5G.

Walaubagaimanapun, pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggakan kerana persaingan pasaran foldable di China adalah lebih sengit dengan penawaran peranti foldable dari pelbagai syarikat utama seperti vivo, Honor, Oppo dan Xiaomi.

Selain Huawei, Oppo berada dikedudukan kedua diikuti Samsung, vivo, Honor, Xiaomi dan Motorola.

Selain itu, laporan juga menunjukkan bahawa pasaran foldable telah berkembang sebanyak 72% dari tahun ke tahun dan ianya akan kekal pada momentum ini untuk tempoh beberapa tahun lagi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.