Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad 11.5 – tablet produktiviti serba boleh terbaik dengan pengalaman setaraf PC, sesuai untuk kerja dan hiburan

HUAWEI MatePad 11.5 - tablet produktiviti serba boleh terbaik dengan pengalaman setaraf PC, sesuai untuk kerja dan hiburan 1

HUAWEI MatePad 11.5 - tablet produktiviti serba boleh terbaik dengan pengalaman setaraf PC, sesuai untuk kerja dan hiburan 2

HUAWEI secara rasminya telah melancarkan tablet  baharu di bawah keluarga HUAWEI MatePad 11.5 – iaitu HUAWEI MatePad 11.5 Standard Edition yang baharu yang menampilkan skrin paparan yang jelas dan dinamik dengan warna yang lebih terang bagi pengguna yang tidak mahu tablet dengan skrin paparan PaperMatte.

HUAWEI MatePad 11.5 yang baharu ini akan ditawarkan pada harga yang bermula dari RM1,299 bagi Standard Edition dan RM1,599 bagi PaperMatte Edition dengan setiap pelanggan juga akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,305.

Hadiah percuma bernilai sehingga RM1,305 termasuk:

  • HUAWEI M-Pencil (3rd Generation) (RM399)
  • HUAWEI Bluetooth Mouse (RM149)
  • HUAWEI FreeBuds SE 3 (RM199)
  • PC-level WPS Office 3.0 (RM299)
  • Jaminan Waranti Rantau APAC (RM259)

HUAWEI MatePad 11.5 - tablet produktiviti serba boleh terbaik dengan pengalaman setaraf PC, sesuai untuk kerja dan hiburan 3

PC-level WPS Office 3.0

HUAWEI MatePad 11.5 didatangkan dengan PC-level WPS Office 3.0 yang menawarkan produktiviti setaraf PC dimana sahaja termasuk fungsi penyuntingan lanjutan bagi fail Word, Excel (Pivot Table) dan PowerPoint. Ia menawarkan pengguna pengalaman seperti desktop dari segi antara muka, ciri serta pintasan papan kekunci, sekali gus meningkatkan produktiviti apabila digunakan bersama HUAWEI M-Pencil dan Tetikus Bluetooth .

HUAWEI MatePad 11.5 - tablet produktiviti serba boleh terbaik dengan pengalaman setaraf PC, sesuai untuk kerja dan hiburan 4
Screenshot

Skrin Paparan – pilihan skrin PaperMatte atau Standard

HUAWEI MatePad 11.5 ditawarkan didalam dua pilihan skrin iaitu PaperMatte Edition dan Standard Edition. PaperMatte memberikan keselesaan mata dengan pencahayaan yang mirip cahaya semula jadi, manakala Standard Edition menampilkan paparan warna yang lebih terang dan lebih vibrant. Tidak kira PaperMatte atau Standard, anda disajikan dengan paparan jelas 2.5K dengan kadar segar semula 120Hz.

HUAWEI MatePad 11.5 - tablet produktiviti serba boleh terbaik dengan pengalaman setaraf PC, sesuai untuk kerja dan hiburan 5

HUAWEI Notes

Resource Center pada HUAWEI Notes menawarkan lebih dari 400 pelekat, 130 cover design dan 60 templat kertas untuk anda memperibadikan nota mengikut gaya sendiri.

Ianya turut tersedia dengan pelbagai pilihan berus termasuk  berus pensel 2B, pen felt tip dan pen kaligrafi. Aplikasi ini juga membolehkan anda menggabungkan tulisan tangan dengan teks yang ditaip, memasukkan imej serta menambah rakaman suara untuk mencatat idea dalam pelbagai format.

HUAWEI MatePad 11.5 - tablet produktiviti serba boleh terbaik dengan pengalaman setaraf PC, sesuai untuk kerja dan hiburan 6

GoPaint

Aplikasi GoPaint Menawarkan pelbagai pilihan berus seperti cat air, pensel dan marker, GoPaint pada HUAWEI Mate 11.5 ini direka untuk memberi pengalaman lukisan digital yang lancar dan responsif dengan tekstur yang realistik, sesuai untuk pencipta dan artis digital.

HUAWEI MatePad 11.5 - tablet produktiviti serba boleh terbaik dengan pengalaman setaraf PC, sesuai untuk kerja dan hiburan 7

Bateri tahan sepanjang hari 10,100mAh

HUAWEI MatePad 11.5 memiliki bateri berkapasiti 10,100mAh yang menawarkan jangka hayat bateri sepanjang hari untuk pelbagai tugasan rasmi atau hiburan. Bersama bateri ini, turut disertakan adalah sokongan pengecasan pantas 40W SuperCharge.

HUAWEI MatePad 11.5 - tablet produktiviti serba boleh terbaik dengan pengalaman setaraf PC, sesuai untuk kerja dan hiburan 8

Rekaan premium

HUAWEI MatePad 11.5 menampilkan rekaan yang berasaskan unibody logam penuh yang elegan dan moden. Ianya dengan profil yang nipis iaitu hanya 6.1gram dengan berat 515 gram sahaja.

Bercakap mengenai pilihan warna, MatePad 11.5 boleh dimiliki didalam warna Violet atau Space Grey.

Kesimpulan

Secara keseluruhan HUAWEI MatePad 11.5 adalah sebuah tablet all-rounder yang sangat berbaloi untuk dimiliki. Dengan pilihan skrin Standard atau PaperMatte, pengguna mempunyai kebebasan penuh untuk memilih paparan mana yang lebih sesuai berdasarkan trend penggunaan mereka.

HUAWEI MatePad 11.5 - tablet produktiviti serba boleh terbaik dengan pengalaman setaraf PC, sesuai untuk kerja dan hiburan 9

📚 Kempen Back to School

HUAWEI juga telah melancarkan kempen Back to School di mana pelanggan boleh menikmati pelbagai hadiah percuma menarik apabila membeli mana-mana HUAWEI MatePad sepanjang bulan Mac, setiap pelanggan juga akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,546.

Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI MatePad 11.5, sila layari:

🔴 🛒 Laman Web  Rasmi HUAWEI

🔴 🛒 Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee

🔴 🛒 HUAWEI Flagship Store di Lazada

🔴 🛒 Kedai Rasmi HUAWEI di TikTok

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.