Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung merancang untuk melancarkan versi Fan Edition bagi Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip

Memandangkan pasaran foldable sudah semakin matang, pengeluar sudah mula mencari jalan untuk menawarkan peranti yang lebih berpatutan kepada pengguna.

Motorla telah mengambil inisiatif ini dengan pelancaran Motorola Razr 40 namun buat masa ini Samsung masih kekal dengan pelancaran Galaxy Z Flip dan Z Fold sahaja buat masa ini.

Walaubagaimanapun, laporan dari Revegnus mendakwa bahawa mungkin akan memperkenalkan model Galaxy Z Fan Edition bagi kedua-dua model foldable selepas pelancaran Galaxy Z Flip6 dan Z Fold6 tahun hadapan.

Selain itu, laporan ini juga menyebut bahawa Samsung bercadang untuk melancarkan Galaxy Fan Edition setiap tahun dan ianya akan bermula dengan pelancaran Galaxy S23 FE tidak lama lagi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.