Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Mate 80 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 12 Mac ini

HUAWEI Mate 80 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 12 Mac ini 1

HUAWEI Mate 80 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 12 Mac ini 2

HUAWEI secara rasminya telah mengesahkan bahawa HUAWEI Mate 80 Pro akan dilancarkan pada 12 Mac ini yang menandakan kembalinya siri Mate ke pasaran Malaysia yang dinanti-nantikan selepas tiga tahun sejak pelancaran terakhir HUAWEI Mate 50 pada tahun 2022.

Turut diperkenalkan bersama ialah HUAWEI FreeBuds Pro 5, HUAWEI WATCH Ultimate 2 dalam warna Hijau, serta HUAWEI FreeClip 2 Rose Gold, sekali gus membawakan inovasi flagship terbaharu HUAWEI ke pasaran Malaysia.

HUAWEI Mate 80 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 12 Mac ini 3

Di teras HUAWEI Mate 80 Pro ialah teknologi kamera canggih yang direka untuk memberikan ketepatan pada setiap jarak fokus. Daripada ultra-lebar hingga telefoto makro, sistem ini membolehkan peralihan lancar serta tangkapan jarak dekat yang dipertingkatkan, menawarkan fleksibiliti kreatif yang lebih luas dalam pelbagai situasi penggambaran.

Pengalaman ini diperkukuh dengan Sistem Kamera True-to-Colour yang dipertingkatkan, dibangunkan untuk mengekalkan keseimbangan tona yang tepat dalam persekitaran pencahayaan yang kompleks. Sama ada dalam pencahayaan dalaman bercampur, keadaan cahaya latar yang kuat atau suasana luar yang sangat tepu warna, imej kekal dengan kedalaman dan kontras semula jadi tanpa keterlaluan tiruan. Melengkapkan ciri ini ialah AI Composition yang menyediakan panduan pembingkaian secara masa nyata dalam paparan viewfinder, manakala AI Remove dan AI Best Expression membantu memperkemas proses suntingan foto untuk hasil yang dioptimumkan secara pintar.

HUAWEI Mate 80 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 12 Mac ini 4

Ketahanan kekal menjadi kekuatan utama peranti ini. Diperkukuh dengan Kunlun Glass Generasi Kedua serta panel belakang gentian vegan ultra-tahan lasak, HUAWEI Mate 80 Pro direka untuk rintangan yang lebih baik terhadap hentakan, percikan air dan pendedahan persekitaran harian. Reka bentuk Dual Space Ring yang diperhalusi turut menyerlahkan estetika ikonik siri Mate, menggabungkan simetri seni bina dengan kemasan premium dalam pilihan warna Emas, Hijau dan Hitam.

Prestasi berterusan pula dikuasakan oleh bateri 5,750 mAh yang menyokong 100 W SuperCharge berwayar dan 80 W SuperCharge tanpa wayar. Sistem penyejukan SuperCool Dual Phase Change Heat Dissipation bersama Ark Engine Huawei memastikan output yang stabil, multitugas yang lebih lancar serta respons yang konsisten ketika menjalankan tugasan berat.

HUAWEI Mate 80 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 12 Mac ini 5

Pengguna boleh mendapatkan HUAWEI Mate 80 Pro tidak lama lagi melalui mana-mana HUAWEI Experience Stores,HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store on Shopee, HUAWEI Flagship Store on Lazada, atau HUAWEI Official TikTok Shop dan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM2,115, termasuk HUAWEI MatePad 11.5, HUAWEI Premium Service, Huawei Care⁺ selama satu tahun, penggantian bateri selama tiga tahun, pelindung skrin selama dua tahun serta jaminan APAC selama satu tahun.

HUAWEI Mate 80 Pro dijangka akan hadir pada harga yang amat kompetitif berbanding flagship lain dipasaran dengan anggaran harga yang dikatakan adalah sekitar RM 3,999.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.