Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

WhatsApp kini menawarkan ciri penghantaran gambar ‘HD’

WhatsaApp HD Photo

Salah satu kekurangan terbesar pada aplikasi WhatsApp adalah penghantaran gambar dan video yang secara jelas mengurangkan kualiti dan saiz fail ini.

Walaubagaimanapun, WhatsApp kini telah mula menawarkan ciri penghantaran gambar didalam tetapan ‘HD’ iaitu pada resolusi 4096 x 2692 namun WhatsApp tidak mendedahkan samada ianya akan dihantar pada saiz asal ataupun tidak.

Ketika ingin menghantar gambar, anda akan terlihat ikon HD pada gambar yang jika di tekan akan membolehkan anda menghantar gambar pada resolusi HD atau seperti biasa.

Ciri ini kini sedang ditawarkan kepada pengguna global secara berperingkat manakala ciri video ‘HD’ pula akan tiba tidak lama selepas itu.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.