Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5 kini ditawarkan di Malaysia – percuma Galaxy Watch5

Samsung telah mengumumkan bahawa Galaxy Z Fold5 dan Galaxy Z Flip5 kini telah mula ditawarkan di Malaysia pada harga serendah dari RM 4,499.

Samsung Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5 telah dibuka untuk pra-tempah sejurus selepas Samsung Unpacked sehingga 17 Ogos 2023.

Sehubungan dengan itu, Samsung juga menawarkan promosi pembelian yang hebat dimana setiap

pembelian telefon pintar Galaxy Z Fold5 atau Galaxy Z Flip5 akan menerima Galaxy Watch5 Bluetooth 40mm bernilai 899, 40% diskaun PWP bagi pembelian aksesori Samsung , Samsung Care+, Tabler Galaxy , Galaxy Watch dan Galaxy Buds Series serta rebate trade-in bernilai sehingga RM 600.

Promosi bernilai sehingga RM 1,499 ini akan tamat pada 31 Ogos atau sehingga stok masih ada.

Dapatkan Samsung Galaxy Z Fold5 atau Z Flip5 di stor Samsung Experience atau secara atas talian seperti melalui pautan dibawah :

https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip5/buy/

https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-fold5/buy/

Jom BacaULASAN : Samsung Galaxy Z Flip5 – Upgrade Terbesar pada Cover Screen

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.