Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus Vivobook S 15 OLED BAPE Edition kini rasmi di Malaysia – harga RM 6,499

Asus secara rasminya telah memperkenalkan komputer riba Vivobook S 15 OLED BAPE Edition yang kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 6,499.

A BATHING APE® (BAPE®) merupakan simbol fesyen jalanan Jepun selama lebih daripada 30 tahun. Berusaha untuk memperkenalkan budaya fesyen Jepun kepada dunia, BAPE telah mengukuhkan satu siri motif ikonik, corak asli dan watak seperti  “APE HEAD,” “BAPE CAMO,” “BABY MILO,” dan banyak lagi.

 

Dari segi spesifikasi ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition tampil dengan paparan OLED bersaiz 15.6-inci resolusi 2.8K, kadar segar semula 120Hz dan 100% liputan gamut warna DCI-P3, cip Intel Core i9-13900H, 16GB RAM jenis LPDDR5, storan dalaman 1TB jenis SSD PCIe 4.0 dan bateri 75 Wh.

Selain komputer riba yang mendapat sentuhan BAPE, ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition juga disertakan dengan beg komputer riba, pelekat BAPE, tetikus ASUS Marshmallow dan patung maskot rasmi BALE iaitu BABY MILO.

ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition kini tersedia untuk pembelian pada harga RM 6,499 melalui stor atas talian rasmi Asus Malaysia didalam dua warna iaitu Silver dan Midnight Black.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.