Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy F34 5G kini rasmi dengan cip Exynos 1280 dan sensor utama 50MP

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan Samsung Galaxy F34 5G untuk pasaran India dan ianya memiliki spesifikasi yang sama seperti Galaxy M34 5G.

Samsung Galaxy F34 5G ini memiliki skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.5″ yang turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5, Cip Exynos 1280, 6GB/8GB RAM, 128GB storan dalaman dan 4 tahun kemaskini Android serta 5 tahun kemaskini keselamatan.

Selain itu, Galaxy F34 5G juga memiliki tetapan tri-kamera yang terdiri dari sensor utama 50MP bersama OIS, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 5MP. Kamera selfie adalah 13MP.

Seterusnya, Galaxy F34 5G ini juga dilengkapi bateri 6,000mAh dengan pengecasan pantas 25W.

Akhir sekali, Galaxy F34 5G ini ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Electric Black dan Mystic Green pada harga dari INR 18,999 (RM 1,046).

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.