Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Ace 2 Pro akan dilancarkan 16 Ogos ini – guna cip Snapdragon 8 Gen 2 dan 24GB RAM

OnePlus telah mengesahkan bahawa telefon pintar OnePlus Ace 2 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Ogos ini di pasaran China.

Presiden OnePlus China, Li Jie mendedahkan bahawa telefon pintar ini akan memiliki lebih banyak ciri premium untuk pengguna menikmati pengalaman flagship sebenar.

Dalam pada itu, Ace 2 Pro juga telah disahkan akan tampil dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 serta arkitektur  penyejukan baharu dan rekaan yang sama seperti Ace 2.

Seterusnya, OnePlus Ace 2 Pro juga akan menjadi  telefon pintar pertama dipasaran (bukan gaming phone) untuk memiliki sehingga 24GB RAM LPDDR5X RAM dan storan 1 TB jenis UFS 4.0.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.