Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Penulen Udara Coway STORM II kini ditawarkan pada harga RM 98 sebulan

Coway Storm II Malaysia

Coway secara rasminya telah memperkenalkan penulen udara Coway  STORM II  yang dilengkapi dengan teknologi terkini untuk menjamin pengalaman penulenan udara dalaman yang menyeluruh.

Fenomena El Nino di rantau Asia Tenggara yang dilaporkan baru-baru ini dijangka akan menyebabkan cuaca yang lebih panas dan kering untuk beberapa bulan akan datang. Ia dijangka bakal memburukkan lagi situasi jerebu di Malaysia.

Lebih-lebih lagi, STORM II menampilkan reka bentuk baharu dengan saiz penapis 50 peratus lebih lebar berbanding model generasi pertamanya bagi menyediakan permukaan yang lebih luas untuk memerangkap lebih banyak bahan pencemar udara.

Seterusnya, penulen udara STORM II berupaya untuk menapis sehingga 99.999% habuk ultra halus dan 99.9% virus bawaan udara, pelbagai bakteria dan kulat hitam melalui sistem penapisan 4-langkah iaitu Pra-Penapis, Penapis Habuk Halus, Penapis Penyahbauan dan Penapis HEPA Tembaga (H13).

Fungsi ini dapat menghapuskan bau haiwan peliharaan, bau badan manusia dan habuk dalaman seperti zarah jerebu secara efektif bagi meningkatkan kualiti udara bersih dan sihat untuk semua.

Seterusnya, STORM II juga menawarkan peredaran udara 2.5 kali lebih kuat melalui saiz kipas yang diperbesarkan bagi meningkatkan kelajuan angin dan aliran udara.

Dengan mod jerebu dan fungsi pengaliran udara dari pelbagai arah, ia membantu membasmi kawasan stagnan dengan memudahkan aliran udara yang lebih pantas dan sangat cekap di setiap sudut bilik atau ruang.

Ia juga menawarkan pengguna penjimatan tenaga sebanyak 35 peratus berbanding model generasi pertama.

Dapatkan penulen udara Coway STORM II anda  bayaran serendah RM98 sebulan melalui pelan pembayaran mudah inovatif Coway atau secara tunai pada harga RM 3,190.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.coway.com.my.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.