Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelancaran OnePlus Open dilaporkan tertunda akibat masalah panel skrin

OnePlus Open

Telefon pintar foldable pertama OnePlus iaitu OnePlus Open sebelum ini dikatakan akan dilancarkan pada 29 Ogos oleh tipster Max Jambor. Walaubagaimanapun, laporan terbaru daripada tipster ini mendedahkan bahawa terdapat perubahan dalam pelancaran dan ianya akan ditukar ke tarikh lain.

Buat masa ini tarikh pelancaran baharu masih belum didedahkan namun sebab pelancaran OnePlus Open ini tertunda adalah kerana ianya akan beralih kepada pengguna panel Samsung walaupun perancangan awal adalah untuk menggunakan panel BOE.

Dalam pada itu, OnePlus Open dilihat tidak akan mempunyai rekaan yang sama seperti Find N2 seperti yang dilaporkan sebelum ini kerana terdapat laporan bahawa skrin paparan telefon pintar OnePlus ini adalah berukuran 6.3-inci dan 7.8-inci berbanding saiz 5.54-inci dan 7.1-inci pada Find N2. Ianya juga akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2.

Selepas OnePlus Open, OnePlus dijangka akan mengalihkan perhatian kepada OnePlus 12 yang dijangka akan dilancarkan pada bulan Disember tahun ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.