Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Netflix telah memperoleh 6 juta langganan baharu sejak perkenal ciri “Paid Sharing”

Laporan kewangan terbaru Netflix telah mendedahkan bahawa pendapatan dan jumlah pelanggan berbayar baharu Netflix telah meningkat hampir 6 juta selepas ianya memperkenalkan “Paid Sharing” yang telah menghalang pengguna berkongsi satu akaun walaupun tidak tinggal di satu rumah.

Jumlah pelanggan baharu ini adalah selepas Netflix memperkenalkan ciri “Paid Sharing” di 100+ negara seluruh dunia dan ianya akan membawa ciri ini ke semua negara yang menawarkan Netflix.

Pencapaian positif daripada Netflix ini adalah sesuatu yang tidak dijangka dan syarikat OTT ini juga mendakwa bahawa pendaftaran baharu melebihi pembatalan langganan.

Selain itu, Netflix juga komited untuk tidak menawarkan iklan didalam platform ini buat masa ini namun ianya sedang berkerjasama dengan beberapa syarikat untuk membangunkan perniagaan iklanya.

Di Malaysia, pengguna yang berkongsi akaun kini dikenakan tambahan RM 13 sebulan bagi langganan akaun “Paid Sharing” dan ianya hanya terhad kepada maksima 2 orang pengguna tambahan.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.