Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Netflix mula menguji ciri yang mengesan perkongsian akaun dan kenakan caj tambahan


Perkongsian akaun Netflix antara kawan-kawan dan ahli keluarga bukan sesuatu yang baru namun kebolehan berkongsi akaun Netflix antara isi rumah berlainan mungkin berakhir tidak lama lagi.

Netflix kini telah mengumumkan percubaan dua ciri baharu bagi pengguna Netflix di Chile, Costa Rica, dan Peru.

Dua ciri baharu yang akan melalui tempoh percubaan di dua negara ini adalah seperti berikut :

Add an Extra Member: pengguna pelan Standard dan Premium akan mempunyai kebolehan untuk menambah sehingga dua akaun sampingan yang tidak tinggal bersama mereka dan setiap akaun sampingan ini akan mempunyai profil, cadangan kandungan peribadi, logmasuk dan kata laluan tersendiri.

Setiap Extra Member ini akan dikenakan bayaran 2,380 CLP (RM 12.35) di Chile, 2.99 USD (RM 12.55)di Costa Rica, dan 7.9 PEN di Peru (RM 8.80)

Transfer Profile to a New Account : pengguna akaun Basic, Standard dan Premium yang berkongsi akaun dengan orang lain untuk memindahkan maklumat ke akaun lain atau ke akaun Extra Member yang turut memindahkan semua sejarah tontonan mereka.

Netflix juga mengesahkan hasil percubaan ciri ini di tiga negara ini akan menentukan samada ianya akan ditawarkan di seluruh dunia.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.