Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ciri Spatial Audio pada Netflix kini di sokong pada semua peranti

Netflix telah mengumumkan penawaran spatial audio kepada semua peranti yang membolehkan pengguna menikmati pengalaman audio luar biasa dengan pembesar suara stereo.

Jika anda menonton Netflix pada peranti selain Apple, ianya akan menggunakan trek audio stereo dan mengubahnya menjadi 3D spatial audio dan untuk ini, Netflix telah berkerjasama dengan Shennheiser.

Spatial audio pada Netflix kini disokong pada semua peranti termasuk telefon pintar, televisyen dan tablet yang mana kesemua proses untuk kesan bunyi ini dilakukan pada aplikasi Netflix.

Untuk mencari kandungan yang menyokong spatial audio di Netflix, anda boleh menaip ‘spatial audio’ pada ruang carian.

Setakat ini, semua kandungan yang menyokong spatial audio adalah yang diterbitkan oleh Netflix sendiri.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.