Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo Y78 disahkan akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi

vivo Y78 Malaysia

vivo Malaysia telah mengumumkan bahawa vivo Y78 akan dilancarkan dipasaran tempatan tidak lama lagi selepas ianya diperkenalkan di pasaran Singapuran baru-baru ini.

vivo Y78 ini dijangka akan tampil dengan skrin paparan 6.78-inci iaitu jenis AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan skrin FHD+. Ianya juga mempunyai sensor capjari dalam skrin.

Telefon pintar ini diperbuat daripada plastik namun mempunyai penarafan kalis air dan habuk IP54.

Telefon pintar ini memiliki sensor utama 64MP dengan OIS, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP. kamera selfie adalah 16MP.

vivo Y78 ini dijana cip Snapdragon 695 yang merupakan cip entry-level dengan sokongan 5G bersama 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ianya juga disertakan dengan antaramuka FunTouch OS 13 yang berasaskan Android 13.

Seterusnya, vivo Y78 ini turut disertakan dengan bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 44W dan ianya akan ditawarkan didalam warna Dreamy Gold dan Flare Black.

Buat masa ini vivo Malaysia tidak mendedahkan maklumat harga telefon pintar ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.