Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Netflix Games kini ditawarkan kepada pengguna Android – ciri permainan video percuma


Platform penstriman popular global Netflix telah memperkenalkan Netflix Games yang merupakan sebahagian daripada aplikasi Netflix dan ianya kini ditawarkan secara percuma kepada pengguna Android.

Sebagai permulaan, sebanyak 5 tajuk permainan video kini ditawarkan kepada semua pengguna global Netflix (Android) iaitu Stranger Things: 1984, Stranger Things 3: The Game, Shooting Hoops, Card Blast, dan Teeter Up.

Dalam pada itu, anda tidak memerlukan sebarang langganan tambahan untuk bermain permainan video ini dan tiada sebarang iklan pada permainan video ini.


Selain itu, kesemua permainan video ini juga boleh dimuat turun dan dimainkan secara offline namun ciri ini tidak akan ditawarkan pada profilĀ 
kanak-kanak.

Akhir sekali, Netflix dijangka akan menambah lebih banyak tajuk permainan video didalam waktu terdekat namun buat masa ini ianya tidak ditawarkan kepada pengguna iOS.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.