Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

WhatsApp perkenal ciri Silence Unknown Caller dan Privacy Check

WhatsApp

WhatsApp kini telah mengumumkan penambahan  dua kemas kini baharu yang meningkatkan privasi pengguna iaitu ciri Silence Unknown Caller dan Privacy Check yang kini tersedia kepada pengguna.

ciri Silence Unknown Caller diperkenalkan untuk memberikan anda privasi dan kawalan sepenuhnya ke atas panggilan masuk . Ciri ini membantu penyaringan spam, komplot penipuan dan panggilan secara automatik daripada orang yang tidak dikenali bagi meningkatkan perlindungan.

Panggilan ini tidak akan berdering pada telefon anda, tetapi akan kelihatan dalam senarai Panggilan anda, sekiranya panggilan itu daripada seseorang yang penting.

Selain itu, ciri Privacy Check pula memastikan pengguna tahu tentang pilihan perlindungan yang ada pada aplikasi WhatsApp.

Ciri ini membimbing anda tentang tetapan privasi yang penting untuk membantu anda memilih tahap perlindungan yang betul, semuanya di satu tempat. Langkah memilih ‘Mulakan semakan’ dalam tetapan Privasi anda akan membawa anda meneliti berbilang lapisan privasi yang mengukuhkan keselamatan mesej, panggilan dan maklumat peribadi anda.

Langkah melindungi komunikasi peribadi anda adalah penting kerana kami tahu setiap orang memerlukan ruang yang selamat untuk berkomunikasi. Kami membawa mesej ini ke seluruh dunia melalui cara baharu untuk menyampaikan sebab ciri ini sangat penting.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.