Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy M14 5G kini di Malaysia pada harga RM 1,099 – eksklusif di Lazada

Samsung Galaxy M14 5G telah ditawarkan secara rasmi sejak penghujung bulan lalu secara eksklusif di Lazada.

Samsung Galaxy M14 5G adalah model terbaru Galaxy A yang akan memasuki pasaran Malaysia dengan harga jualan runcit RM 1099.

Samsung Galaxy M14 5G akan memiliki skrin paparan PLS LCD berukuran 6.6-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz, cip Exynos 1130, 4GB RAM , storan dalaman 128GB dan bateri 6,000mAh dengan pengecasan pantas 25W serta OneUI 5.0 yang berasaskan Android 13.

Selain itu, Galaxy M14 5G juga akan memiliki sensor kamera utama 50MP, sensor makro 2MP dan depth 2MP. Kamera selfie adalah 13MP.

Samsung Galaxy M14 5G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu dark blue dan light blue pada harga RM 1,099 secara eksklusif di stor rasmi Samsung di Lazada

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.