Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Amazfit Pop 3S dilancarkan secara rasmi – harga sekitar RM 197 sahaja

Amazfit Pop 3S

Amazfit secara rasminya telah memperkenalkan jam pintar terbaru mereka iaitu Amazfit Pop 3S yang tampil dengan paparan terbesar yang pernah digunakan pada telefon pintar keluaran syarikat ini.

Amazfit Pop 3S memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 1.96-inci dengan resolusi 410×520 piksel dan ianya turut menyokong Always-On Display (AOD) dan lebih 100 rekaan watch faces.

Selain itu, rangka jam pintar ini diperbuat daripada aloi zink manakala butang pula diperbuat daripada keluli tahan karat.

Seterusnya, Amazfit Pop 3S juga membawakan sokongan bacaan kadar degupan jantung 24/7, bacaan SpO2, bacaan stres dan bacaan kualiti tidur. Ianya turut mempunyai penarafan IP68 dan sokongan lebih 100 mod kecergasan.

Dalam pada itu, Pop 3S juga membawakan sokongan panggilan Bluetooth dan bateri berkapasiti 300mAh yang menyokong sehingga 12 hari penggunaan.

Harga jualan Amazfit Pop 3S adalah bermula dari INR 3,499 (RM 197) dan ianya telah mula ditawarkan dipasaran India.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.