Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : REDMAGIC 8 Pro – Telefon Pintar Gaming Terbaik di Malaysia

REDMAGIC 8 ProPengenalan

Pasaran telefon pintar gaming mungkin sebuah pasaran yang niche namun untuk syarikat perlu melencarkan model baharu dengan lebih kerap untuk mengekalkan kelebihan didalam pasaran.

REDMAGIC adalah salah satu syarikat yang mengeluarkan telefon pintar gaming dan model terbaru daripada syarikat ini adalah REDMAGIC 8 Pro yang tampil hanya selang lima bulan selepas pelancaran REDMAGIC 7 Pro.

REDMAGIC 8 Pro tampil dengan rekaan yang lebih boxy dengan penambahbaikan dalaman seperti cipset terbaik daripada Qualcomm, skrin paparan beresolusi tinggi dan bateri 6,000mAh untuk gaming lebih lama.

Berikut adalah ulasan REDMAGIC 8 Pro yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 4,299.

Rekaan

REDMAGIC 8 Pro tampil dengan rekaan yang petak dan ini berbeza dari rekaan yang lebih lengkung pada generasi sebelum ini.

Walaubagaimanapun, ianya masih mengekalkan rekaan gaming dengan panel gelas belakang lutsinar yang menarik.

Ini membolehkan anda melihat putaran kipas berkelajuan tinggi yang sudah sinonim dengan telefon pintar REDMAGIC dan ianya turut dilengkapi lampu RGB.

Lebih-lebih lagi, lampu LED juga digunakana pada tulisan REDMAGIC dan dua label dibawah butang shoulder trigger dan anda boleh menetapkanya didalam 7 warna bersama pelbagai kesan lampu yang mana ciri ini dikenali sebagai Competitive Atmosphere LED.

Selain itu, anda juga boleh melihat pelbagai penjenamaan REDMAGIC pada panel belakang dan terdapat juga panel kecil segi empat yang mirip cipset Snapdragon 8 Gen 2.

Seterusnya, REDMAGIC 8 Pro ini memiliki modul kamera dibahagian tengah yang menempatkan tiga kamera dengan lampu flash LED dibahagian atas.

Bercakap mengenai sisi telefon pintar REDMAGIC 8 Pro ini, pada bahagian sisi kanan terdapat butang kuasa,  shoulder trigger dan butang fizikal berwarna untuk mod gaming. Sisi kiri telefon pintar ini menempatkan gril kipas penyejuk yang juga ada pada sisi kanan.

Pada bahagian bawah pula, REDMAGIC 8 Pro memiliki gril pembesar suara, slot USB-C dan slot SIM manakala bicu audio 3.5mm masih diwariskan kepada generasi baharu ini namun kini pada bahagian sisi atas.

Skrin Paparan

REMAGIC 8 Pro tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.8-inci yang menyokong output 10-bit warna dan kadar segar semula 120Hz serta kepatan piksel sekitar 400ppi.

Khas untuk gamers diluar sana, Nubia REDMAGIC 8 Pro juga menyokong kadar pensampelan sentuhan 960Hz bersama butang shoulder triggers 520Hz.

Selain itu, REDMAGIC juga telah memperbaiki kelemaham utama skrin generasi sebelum ini iaitu kecerahan skrin yang meningkatkan kebolehangunaan peranti ini dibawah cahaya matahari terik. panel skrin ini kini menyokong kecerahan maksima sehingga 1300nits.

Seterusnya, REDMAGIC menawarkan 5 mod warna yang dan terdapat tiga tetapan kadar segar semula yang ditawarkan iaitu 60Hz, 90Hz dan 120Hz.

Walaubagaimanapun, ketika mod gaming diaktifkan pada REDMAGIC 8 Pro akan mengaktifkan kipas penyejuk dan mengunci kadar segar semula pada kadar maksima yang anda tetapkan dan terbukti telefon pintar ini mampu memberikan anda kadar bingkai yang konsisten.

Pemproses

REDMAGIC 8 Pro dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2 yang merupakan cip terbaik keluaran Qualcomm.

Beralih kepada antaramuka, REDMAGIC 8 Pro tampil dengan REDMAGIC OS 6.0 yang berasaskan Android 13 dan ianya tampil dengan beberapa ciri tambahan untuk melengkapkan pengalaman gaming anda.

Selain itu, penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 2 pada REDMAGIC 8 Pro membolehkan anda menikmati prestasi CPU dan GPU yang lebih baik manakala penggunaan tenaga adalah 50% lebih jimat.

Walaubagaimanapun,  satu ciri yang paling mencuri tumpuan adalah REDMAGIC Studio yang membolehkan anda menstrim sebarang permainan dari skrin telefon ke skrin luaran atau memainkannya di komputer.

Dalam pada itu, REDMAGIC 8 Pro ditawarkan didalam dua konfigurasi RAM LPPDDR5x dan storan dalaman UFS 4.0 iaitu 12GB/256GB atau 16GB/512GB seperti unit ulasan kami.

Secara keseluruhanya, cip Snapdragon 8 Gen 2 daripada TSMC menawarkan peningkatan prestasi yang baik berbanding Snapdragon 8+ Gen 1 dan cipset ini juga lebih tidak mudah panas serta menawarkan jangka hayat bateri yang lebih baik.

Walaubagaimanapun,  telefon pintar ini  turut dilengkapi sistem penyejukan ICE 11.0 yang juga dilengkapi kipas penyejuk terbina dengan kadar operasi maksima 20,000rpm.

Bateri

REDMAGIC 8 Pro memiliki bateri berkapasiti 6,000mAh yang meletakkanya setaraf dengan telefon pintar gaming daripada Asus iaitu ROG Phone.

Lebih lanjut, ianya memberikan prestasi peranti yang luar biasa kerana cip flagship 4nm Snapdragon 8 Gen 2 telah dioptimasi dengan begitu sempurna.

Dalam pada itu,  REDMAGIC 8 Pro disertakan dengan sokongan kadar pengecasan 65W yang mampu memberikan anda pengecasan penuh sekitar 37 minit sahaja.

Penutup

Jika anda sedang mencari sebuah telefon pintar gaming terbaik dipasaran, REDMAGIC 8 Pro adalah satu pilihan yang tepat untuk anda pertimbangkan kerana ianya menawarkan satu pakej telefon pintar yang lengkap pada semua aspek terutamanya dari segi prestasi peranti dan mod gaming yang menyeluruh.

Selain cip Snapdragon 8 Gen 2, pengguna teknologi RAM dan storan terbaru juga membolehkan prestasi peranti berada setahap lebih tinggi berbanding pencabar lain dipasaran.

Secara keseluruhanya, REDMAGIC 8 Pro adalah sebuah peranti gaming Android yang patut diberikan perhatian oleh peminat gaming di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.