Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Rekaan Cover Screen Samsung Galaxy Z Flip5 Tertiris

Samsung Galaxy Z Fold5 dan  Galaxy Z Flip5 dijangka akan dilancarkan pada bulan hadapan dimana majlis Unpacked ini akan berlangsung buat pertama kali di Seoul, Korea Selatan.

Menariknya, model terbaru ini dijangka akan hadir dengan perubahan yang agak ketara terutamanya bagi Galaxy Z Flip5 yang akan hadir dengan paparan Cover Screen yang lebih besar iaitu berukuran 3.4-inci.

Selain itu, Galaxy Z Flip5 dijangka akan dijana cip Snapdragon 8 Gen 2, 8GB RAM dan storan dalaman 128/256GB. Ianya akan turut memiliki skrin paparan utama berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.

Akhir sekali, telefon pintar ini juga akan dilengkapi dua sensor 12MP dan bateri 3,700mAh dengan pengecasan pantas 25W.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.