Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic Series terima 100% maklum balas positif

Honor

Siri HONOR Magic gah sebagai lambang kejayaan jenama HONOR sejak pelancarannya dengan meraih populariti dan sanjungan dalam pasaran telefon pintar Malaysia.

Kesungguhan HONOR yang mementingkan pengguna telah memastikan pelanggan berpuas hati terhadap khidmat dan pengalaman produk mereka.

 Selain itu, program HONOR Experience bagi  HONOR Magic5 Pro di Malaysia telah mendapat sambutan menggalakkan dengan menerima 100% maklum balas positif. Ini menunjukkan dedikasi Honor dalam mendengar dan menghasilkan telefon pintar yang mengikut kemahuan pengguna.

 Faktor kejayaan ini juga termasuklah kerjasama HONOR dengan pembekal termaju dunia dalam sektor perisian, perkakasan dan ekosistem. Kerjasama ini membolehkan HONOR mengintegrasikan teknologi terkini ke dalam produk dan membina pengalaman yang tiada tandingan bagi pengguna seluruh dunia.

 100% maklum balas positif sebelum dan selepas pelancaran di Malaysia

 Program HONOR Experiencers pada Mac 2023 menyaksikan lebih 2,000 pendaftaran dalam tempoh 10 hari dan hanya 80 peserta bertuah telah terpilih. Cadangan dan pengalaman berharga mereka menjadi faktor penyumbang besar kepada pembangunan produk HONOR.

Selepas Siri HONOR Magic dilancarkan di Malaysia, HONOR Malaysia telah menerima maklum balas membersangsangkan terhadap Sir HONOR Magic. Sehingga kini, Siri HONOR Magic masih mempunyai 100% maklum balas positif di laman web rasmi HONOR.

ULASAN : HONOR Magic5 Pro – Prestasi dan Sistem Kamera yang Menyeluruh

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.