Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Band 8 kini rasmi di Malaysia – harga RM 219

HUAWEI band 8

HUAWEI Malaysia telah mengumumkan bahawa jam kecergasan terbaru syarikat ini iaitu HUAWEI Band 8 akan ditawarkan di Malaysia bermula 1 Jun ini pada harga RM 219.

HUAWEI Band 8 tampil dengan reka bentuk nipis dan ringan berbanding generasi sebelumnya, pemantauan kesihatan menyeluruh, ciri kecergasan lebih baik, jangka hayat bateri sehingga 2 minggu dan keupayaan pintar pada pergelangan tangan pengguna.

HUAWEI Band 8 hadir dengan skrin AMOLED berukuran 1.47-inci dengan pelbagai pilihan Watch Face yang bergaya.

Selain itu, HUAWEI Band 8 juga membawakan sokongan 100 aktiviti kecergasan, bacaan degupan jantung, perekod tidur dan bacaan SpO2.

Seterusnya, HUAWEI Band 8 ini juga mempunyai 14 hari jangka hayat bateri bersama pengecasan pantas yang mampu mencapai 100% pengecasan didalam masa 45 minit sahaja dan ianya juga kalis air 5ATM.

Bermula 1 Jun 2023 hingga 5 Jun 2023, pelanggan boleh membuat pra-pesanan HUAWEI Band 8 pada harga serendah RM169, dengan baucar diskaun bernilai RM50 secara eksklusif di Huawei Flagship Store di Lazada!

Info lanjut di HUAWEI Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.