Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (2) akan dilancarkan pada Julai – bateri berkapasiti 4,700mAh

Nothing Phone (2)

Carl Pei secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar Nothing yang terbaru iaitu Nothing Phone (2) akan dilancarkan pada bulan Julai ini.

Pengesahan ini telah diberikan oleh beliau melalui satu temubual eksklusif bersama Forbes dan ini menyusul selepas beliau turut mendedahkan bahawa telefon pintar ini akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1.

Selain pengesahan pelancaran, Carl Pei juga telah mendedahkan Nothing Phone (2) akan disertakan dengan bateri berkapasiti 4,700mAh iaitu 200mAh lebih besar berbanding pada Nothing Phone (1).

Pelancaran Nothing Phone (2) pada bulan Julai adalah pelancaran global dan ianya akan turut ditawarkan dipasaran Amerika Syarikat.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.