Google Pixel Fold akan dilancarkan pada 10 Mei ini
Sidang Google I/O kebiasaanya menjadi pentas untuk Google memperkenalkan sistem operasi terbaru mereka namun tahun ini ianya dilihat akan mencuri tumpuan dengan pelancaran beberapa peranti baharu.
Kini, Google telah mengesahkan bahawa telefon pintar foldable Pixel Fold akan turut dilancarkan pada Google I/O yang dijadualkan akan berlangsung pada 10 Mei ini.
Dalam pada itu, Google Pixel Fold akan dijana cip Tensor G2 dan dijangka mempunyai rekaan yang lebih sama seperti OPPO Find N, tidak seperti foldable bersaiz besar seperti Galaxy Fold5.
Selain Google Pixel Fold, Google juga akan memperkenalkan Pixel Tablet dan Pixel 7a minggu hadapan.