Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco F5 disahkan akan menggunakan cip Snapdragon 7+ Gen 2

Poco F5 disahkan akan menggunakan cip Snapdragon 7+ Gen 2 1

Poco F5

Akaun twitter Snapdragon India telah mengesahkan bahawa Poco F5 akan menjadi telefon pintar pertama di India untuk hadir dengan cip Snapdragon 7+ Gen 2.

Cip Snapdragon 7+ Gen 2 ini telah dilancarkan baru-baru ini dan telah digunakan buat pertama kali pada Redmi Note 12 Turbo.

Selain itu, cip Snapdragon 7+ Gen 2 ini menjanjikan 50% peningkatan prestasi, 13% lebih cekap tenaga dan 2 kali ganda prestasi AI berbanding cip Snapdragon 7 Gen 1.

Apa yang menarik adalah, Poco F5 kelihatan agak sama seperti Redmi Note 12 Turbo dan tidak mengejutkan jika ianya adalah telefon pintar yang sama dengan penjenamaan Poco.

Jika tepat, Poco F5 akan tampil dengan skrin paparan AMOLED 6.67-inci, bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 67W dan sensor utama 64MP.

Selain Poco F5, Poco F5 Series mungkin terdiri daripada satu atau dua model lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.