Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google Pixel 8 Pro dilaporkan akan menggunakan sensor 1-inci ISOCELL GN2

Telefon pintar Google Pixel 8 Series masih berbaki beberapa bulan sebelum pelancaran rasmi namun laporan terbaru mendakwa bahawa telefon pintar Pixel 8 Pro akan hadir dengan sensor kamera terbesar daripada Samsung.

Google Pixel 8 Pro didakwa akan menggunakan sensor ISOCELL GN2 yang mempunyai saiz 1/1.12-inci dengan resolusi 50MP yang memberikan output 12.5MP l.

Memandangkan kebanyakkan pengeluar sudah mula beralih kepada sensor 1-inci, ianya juga dilihat masa yang tepat untuk Google menaiktaraf sensor telefon pintar flagship mereka setaraf dengan kebanyakkan peranti flagship dipasaran.

Akhir sekali, Google Pixel 8 Series dijangka akan dilancarkan sekitar bulan September atau Oktober tahun ini namun beberapa maklumat penting mungkin didedahkan di Google I/O yang akan berlangsung bulan hadapan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.