Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

iQOO Z7 5G dan Z7x 5G kini rasmi di Malaysia dengan skrin LCD 120Hz bersama cip Snapdragon

iQOO Z7 5G

iQOO secara rasminya telah melancarkan telefon pintar iQOO Z7 Series di Malaysia yang merupakan model kedua dan ketiga selepas iQOO 11 5G dilancarkan sebelum ini.

iQOO Z7 Series ini terdiri daripada dua model iaitu iQOO Z7 5G dan iQOO Z7x 5G.

iQOO Z7 5G

iQOO Z7 5G menampilkan penggunaan skrin paparan LCD berukuran 6.64-inci dengan resolusi FHD+ dan sokongan kadar segar semula 120Hz.

Selain itu, telefon pintar ini dijana cip Snapdragon 782G, 8GB atau 12GB RAM bersama ciri Extended RAM 3.0 (8GB) dan storan dalaman 128GB atau 256GB.

Pada bahagian kamera, Z7 5G ini tampil dengan sensor utama 64MP yang memiliki OIS bersama sensor bokeh 2MP dan kamera selfie 16MP.

Seterusnya, iQOO Z7 5G ini memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W FlashCharge, sistem penyejukan Vapor Chamber Liquid Cooling, IR Blaster dan pembesar suara stereo.

iQOO Z7 5G akan ditawarkan dua warna iaitu Metallic Grey dan Matrix Blue pada harga RM 1,299 bagi versi 8/128GB dan RM 1,499 bagi versi 12/256GB.

iQOO Z7x 5G

iQOO Z7x 5G adalah model kelas entry level yang dijana dengan cip Snapdragon 695 5G bersama 8GB RAM dan dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB.

iQOO Z7x 5G turut menampilkan penggunaan skrin paparan LCD berukuran 6.64-inci dengan resolusi FHD+ dan sokongan kadar segar semula 120Hz.

Pada bahagian kamera, Z7x 5G ini memiliki sensor utama 50MP yang memiliki EIS bersama sensor bokeh 2MP dan kamera selfie 8MP.

Seterusnya, iQOO Z7 5G ini memiliki bateri berkapasiti 6,000mAh dengan pengecasan pantas 80W FlashCharge, IR Blaster dan bicu audio 3.5mm.

iQOO Z7x 5G akan ditawarkan dua warna iaitu Metallic Grey dan Matrix Blue pada harga RM 999 bagi versi 8/128GB dan RM 1,099 bagi versi 8/256GB.

iQOO turut menawarkan promosi yang membolehkan anda mendapatkanya pada harga yang lebih berpatutan selain diskaun eksklusif untuk pelajar (diskaun tambahan bernilai RM 50).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.