Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Segelintir Pengguna Pixel terima kredit wang di Google Pay

Pixel

Segelintir pengguna di reddit /r/GooglePixel melaporkan bahawa mereka telah menerima wang percuma daripada Google dengan notifikasi yang mengatakan mereka menerima wang ini kerana “dogfooding the Google Pay remittance experience” dan jumlah yang diterima juga mencecah sehingga $1,000.

“Dogfooding” bermaksud kakitangan syarikat ini sedang menguji ciri atau perkhidmatan baharu sebelum ditawarkan kepada pengguna dan ini memberikan petunjuk bahawa Google telah membuat kesilapan dengan menghantar wang kepada pengguna.

Walaubagaimanapun, Google dilaporkan telah memaklumkan pengguna yang menerima wang tunai ini mengenainya dan akan cuba memotong semula pembayaran ini namun jika tidak berjaya, ianya akan diberikan kepada pengguna.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.