Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy A34 5G – Skrin 120Hz AMOLED lebih besar dengan rekaan seiras Galaxy S23

Samsung Galaxy A34 MalaysiaPengenalan

Cabaran Samsung didalam telefon pintar kelas midrange tahun ini dibawa oleh dua model Galaxy A Series iaitu Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G.

Persamaan antara kedua model ini adalah lebih banyak dan telefon pintar ini juga kini berkongsi rekaan yang sama seperti pada model terbaru flagship Galaxy S Series.

Pada harga jualan RM 1,599, Samsung Galaxy A34 5G adalah RM 100 lebih mahal berbanding generasi sebelum ini namun dengan rekaan yang lebih baik serta skrin paparan AMOLED 120Hz, penambahbaikan yang dilakukan dilihat lebih setimpal.

Berikut adalah ulasan Samsung Galaxy A34 5G yang kini telah mula ditawarkan pada harga RM 1,599

Baca juga ULASAN : Samsung Galaxy A54 5G – Midrange Premium Yang Mirip Galaxy S23 Series

ULASAN : Samsung Galaxy A34 5G - Skrin 120Hz AMOLED lebih besar dengan rekaan seiras Galaxy S23 1

Reka Bentuk

Penyeragaman rekaan telefon pintar Galaxy pada tahun nampak lebih menyeluruh kerana Galaxy A Series juga mempunyai identiti rekaan yang sama seperti model flagship Galaxy S23 dan Galaxy S23 Plus.

Samsung Galaxy A34 5G tampil dengan reka bentuk modul kamera individu yang dikelilingi dengan gelung berwarna krom dan ianya juga lebih tinggi berbanding panel belakang yang menjadiknya tidak sekata apabila diletakkan pada permukaan rata.

Walaupun sama dari segi penampilan,  Galaxy A34 5G ini  memiliki panel yang diperbuat daripada bahan plastik yang tampil dengan kemasan yang berkilau dan bukanya matte seperti pada model flagship Galaxy S23.

Bercakap mengenai warna, Samsung Galaxy A34 5G tampil didalam 4 pilihan warna iaitu Awesome Lime, Awesome Silver, Awesome Violet dan Awesome Graphite.

ULASAN : Samsung Galaxy A34 5G - Skrin 120Hz AMOLED lebih besar dengan rekaan seiras Galaxy S23 2

Dalam pada itu, chasis yang digunakan pada Galaxy A34 5G ini adalah diperbuat daripada plastik memandangkan tiada sebarang jalur antena namun penampilan yang nampak premium adalah sesuatu yang tidak dapat di nafikan.

Selain itu, Samsung Galaxy A34 5G masih mengekalkan pensijilan kalis air dan habuk IP67 yang amat jarang ditawarkan pada telefon pintar kelas midrange.

ULASAN : Samsung Galaxy A34 5G - Skrin 120Hz AMOLED lebih besar dengan rekaan seiras Galaxy S23 3

ULASAN : Samsung Galaxy A34 5G - Skrin 120Hz AMOLED lebih besar dengan rekaan seiras Galaxy S23 4

Bercakap mengenai susunan butang dan slot, Galaxy A34 5G masih mengekalkan butang kuasa dan butang kelantangan bunyi pada sisi kanan manakala pada bahagian bawah terdapat slot USB-C bersama gril pembesar suara stereo dan lubang mikrofon.

Perubahan terbaru pada Galaxy A Series tahun ini adalah slot SIM kini telah dialihkan ke bahagian atas kerangka telefon pintar ini.

ULASAN : Samsung Galaxy A34 5G - Skrin 120Hz AMOLED lebih besar dengan rekaan seiras Galaxy S23 5

Ke bahagian hadapan, Samsung Galaxy A34 tampil dengan skrin paparan berukuran paling besar diataran keluarga Galaxy A Series iaitu berukuran 6.6-inci mana ianya adalah lebih besar berbanding panel gelas Galaxy A54 yang kebiasaanya akan tampil dengan terbesar didalam siri ini.

Selain itu, paparan Galaxy A34 5G ini adalah rata dan ianya dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5 seperti generasi sebelum ini dan terdapat juga sensor capjari dalam skrin.

Seterusnya, Galaxy A34 5G mempunyai ukuran dimensi yang agak tinggi berbanding generasi sebelum ini iaitu 161.3mm manakala ketebalan adalah 8.2mm dengan berat mencecah 199 gram.

Secara keseluruhanya, Samsung Galaxy A34 5G tampil dengan rekaan yang sama seperti Galaxy S23 Series dan pasti ramai yang tidak dapat membezakan telefon pintar ini dengan Galaxy S23 atau Galaxy S23+.

ULASAN : Samsung Galaxy A34 5G - Skrin 120Hz AMOLED lebih besar dengan rekaan seiras Galaxy S23 6

Skrin Paparan

Sesuatu yang mengejutkan apabila Samsung memutuskan untuk menggunakan skrin paparan yang lebih besar pada Galaxy A34 iaitu berukuran 6.6-inci berbanding hanya 6.4-inci pada Galaxy A54 5G.

Walaubagaimanapun , Samsung Galaxy A34 5G masih mengekalkan penggunaan skrin paparan AMOLED Infinity-V yang menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz.

Samsung juga telah meningkatkan kadar kecerahan maksima panel ini kepada 1,000 nits yang masih belum boleh dianggap setaraf flagship namun ianya menawarkan kejelasan lebih baik dibawah cahaya matahari.

Selain itu, panel ini menyokong resolusi FHD+ pada nisbah 19.5:9 dan kepadatan piksel 390 ppi.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy A34 5G juga tampil dengan ciri Vision Booster yang menggunakan algoritma  pelarasan tona warna mengikut kesesuaian keadaan cahaya persekitaran.

Seterusnya, pada bahagian tetapan terdapat juga dua pilihan warna skrin yang secara tradisinya ditawarkan pada Galaxy A Series iaitu Vivid untuk warna yang lebih tinggi dan Natural untuk warna yang lebih semulajadi.

Bagi tetapan kadar segar semula pula, anda diberikan dua tetapan iaitu Standard yang mengekalkan kadar 60Hz sepanjang masa manakala Adaptive memberikan anda kadar segar semula yang tersuai mengikut kandungan pada skrin namun tidak dinamik seperti yang ditawarkan pada peranti premium Galaxy S Series.

ULASAN : Samsung Galaxy A34 5G - Skrin 120Hz AMOLED lebih besar dengan rekaan seiras Galaxy S23 7

Pemproses

Samsung Galaxy A34 5G hadir dengan cip yang diperbuat daripada proses fabrikasi 6nm yang dikeluarkan oleh MediaTek iaitu Dimensity 1080.

Ianya adalah cip kelas midrange yang lebih cekap tenaga dengan prestasi setaraf cip Snapdragon 778G yang sentiasa mendapat ulasan yang positif.

Bagi pasaran Malaysia, Samsung Galaxy A34 5G ditawarkan didalam satu versi sahaja iaitu 8GB RAM bersama storan dalaman 256GB dan ianya turut menyokong sokongan kad microSD sehingga 1TB.

Selain itu, Galaxy A34 5G juga memiliki ciri RAM Plus yang membolehkan anda menggunakan sedikit ruang storan dalaman sebagai RAM untuk operasi peranti yang lebih lancar dengan pembukaan lebih banyak aplikasi dilatar belakang tanpa memberikan sebarang kesan negatif kepada prestasi keseluruhan telefon pintar ini.

Bercakap mengenai UI yang disertakan pada Galaxy A34 5G, ianya menyamai apa yang ditawarkan pada Samsung Galaxy S23 Series iaitu One UI 5.1 yang berasaskan Android 13.

Seperti generasi Android sebelum ini, Android 13 turur membawakan ciri Color Palettes yang mana perubahan pada warna gambar latar belakang akan turut mengubah antaramuka secara menyeluruh yang termasuk ikon, menu, butang dan latar belakang.

Dalam pada itu, Widget juga kini sudah boleh disusun antara satu sama lain dengan peralihan antara widget dengan ‘swipe’ yang mudah namun tidak banyak widget yang menyokong ciri stacking ini.

Seterusnya, Galaxy A34 5G juga membawakan ciri Modes and Routines yang membolehkan anda memilih mod berdasarkan perkara yang anda lakukan sekarang dan telefon pintar akan melaksanakan tindakan tertentu seperti mengubah profil bunyi, tetapan paparan, notifikasi dan banyak lagi.

Selain itu, Samsung juga telah menyatakan komitmen untuk menawarkan sehingga 4 generasi kemaskini Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan Android yang pasti disambut baik pengguna yang membeli telefon pintar untuk kegunaan jangka masa panjang.

ULASAN : Samsung Galaxy A34 5G - Skrin 120Hz AMOLED lebih besar dengan rekaan seiras Galaxy S23 8

Kamera

Galaxy A Series telah menyaksikan Galaxy A34 5G dan Galaxy A54 5G beralih semula kepada pengguna sistem tri-kamera namun dari sudut positif ianya mungkin sudah tiba masa untuk syarikat seperti Samsung tidak sekadar meletakkan sebuah sensor seolah memenuhi syarat sahaja.

Secara asasnya, kamera Samsung Galaxy A34 5G dan Galaxy A33 5G adalah sama iaitu sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP sensor, sensor makro 5MP dan sensor depth 2MP.

Satu lagi kelebihan yang dimiliki Samsung Galaxy A34 5G ini adalah optik pengstabilan imej (OIS) pada sensor utama memberikan sensor kamera telefon pintar  kebolehan fotografi atau videografi yang lebih baik dimana gegaran peranti dapat diatasi tanpa memberikan kesan kepada hasil gambar atau video.

Selain itu, Samsung juga telah menggunakan sensor selfie baharu pada Galaxy A34 5G iaitu sensor 13MP dengan aperture f/2.2.

Prestasi kamera Samsung Galaxy A34 5G ternyata mampu memuaskan hati pengguna yang mencari sebuah telefon pintar dengan prestasi kamera yang baik namun tidak setaraf dengan peranti flaghsip dipasaran.

Pengunaan sensor utama dengan OIS sudah pastinya meletakkan Galaxy A34 sebagai antara beberapa model telefon pintar midrange untuk tampil dengan ciri ini. 

Berikut adalah hasil gambar yang diambil menggunakan Samsung Galaxy A34 5G :

ULASAN : Samsung Galaxy A34 5G - Skrin 120Hz AMOLED lebih besar dengan rekaan seiras Galaxy S23 19

Bateri

Samsung Galaxy A34 5G masih mengekalkan kapasiti standard pada telefon pintar iaitu 5,000mAh namun perbezaan komponen dalaman sudah pastinya memberikan kesan positif kepada jangka hayat bateri telefon pintar ini.

Samsung Galaxy A34 5G menawarkan sokongan pengecasan pantas 25W namun tiada adapter pengecasan disertakan didalam kotak pembelian dan pengecasan penuh mengambil masa melebih 60 minit.

Selain pengecasan berwayar pada kadar 25W, Samsung masih belum bersedia untuk mewariskan Galaxy A Series dengan ciri seperti pengecasan tanpa wayar atau pengecasan berbalik.

ULASAN : Samsung Galaxy A34 5G - Skrin 120Hz AMOLED lebih besar dengan rekaan seiras Galaxy S23 20

Penutup

Samsung Galaxy A34 5G adalah satu lagi telefon pintar kelas midrange yang dilihat mampu memimpin cabaran Samsung didalam kategori ini.

Tahun ini juga menyaksikan Galaxy A34 5G menampilkan penggunaan skrin paparan yang lebih besar daripada Galaxy A54 5G dan ini mungkin menjadi pilihan kepada penggguna yang mahu paparan yang lebih luas untuk gaming dan hiburan.

Pada harga RM 1,599, Galaxy A34 5G sudah pastinya menghadapi cabaran daripada Galaxy A54 5G itu sendiri kerana ianya adalah RM 300 lebih mahal namun samada ianya adalah upgrade yang berbaloi sudah pastinya menjadi persoalan terbesar kerana persamaan dua model ini adalah sangat banyak.

Samsung Galaxy A34 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,599.

Dapatkan Samsung Galaxy A34 5G di Samsung Malaysia Online Store

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.