Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tecno Phantom V Fold akan mula memasuki pasaran pada 11 April

Pengeluar telefon pintar China iaitu Tecno telah mengumumkan bahawa telefon pintar foldable pertama mereka iaitu Tecno Phantom V Fold akan dikilangkan di India sebagai sebahagian daripada program “Make in India”.

Ianya akan dikilangkan di kilang pengeluaran Tecno yang terletak di Noida dengan kapasiti pengeluaran 24 juta unit telefon pintar setahun.

Tecno Phantom Fold V telah diperkenalkan di Mobile World Congress pada awal bulan Mac dan ianya juga disahkan akan memasuki pasaran India pada 11 April namun didalam stok yang terhad.

Ke spesfikasi , Phantom V Fold memiliki skrin paparan cover berukuran 6.42-inci iaitu jenis LTPO AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz serta resolusi 1080×2550 piksel

Beralih kepada skrin paparan utama, Phantom V Fold tampil dengan paparan LTPO berukuran 7.85-inci dengan kadar segar semula 120Hz serta resolusi 2000×2296 piksel.

Tecno Phantom V Fold

Dalam pada itu, Tecno Phantom V Fold dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9000+, 12GB RAM jenis LPDDRX5 dan dua pilihan storan dalaman iaitu 256GB dan 512GB jenis UFS 3.1

Beralih ke kamera pula, Tecno Phantom V Fold memiliki tiga unit kamera dibelakang iaitu satu sensor utama 50MP, satu sensor telefoto 50MP dengan sokongan 2x zoom dan sensor ultrawide 13MP. Bagi tugas selfie, Phantom V Fold mempunyai satu sensor 32MP dibahagian cover screen dan sensor 16MP pada skrin utama.

Ke bahagian bateri, Tecno Phantom V Fold disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh bersama pengecasan pantas 45W yang mampu mencapai kapasiti penuh didalam masa 55 minit sahaja.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.