Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT Neo5 SE kini rasmi dengan cip Snapdragon 7+ Gen 2 dan skrin 144Hz AMOLED

realme secara rasminya telah memperkenalkan GT Neo5 SE yang menjadi satu lagi telefon pintar dengan cip Snapdragon 7+ Gen 2 selepas Redmi Note 12 Turbo.

GT Neo5 SE tampil dengan spesfikasi yang hampir sama seperti GT Neo5 namun dengan perbezaan pada cipset, kamera dan bateri.

GT Neo5 SE hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.74-inci dengan resolusi 2772 x 1240 dan kadar segar semula 144Hz berserta sensor capjari dalam skrin.

Bersama cipset terbaru Snapdragon ini, GT Neo5 SE tampil dengan kapasiti sehingga 16GB RAM (LPDDR5X ) dan storan sehingga 1TB (UFS 3.1).

realme GT Neo5 SE

Beralih ke kamera, realme GT Neo5 SE memiliki sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Seterusnya, realme GT Neo5 SE juga tampil dengan bateri 5,500mAh bersama pengecasan pantas 100W dan antaramuka realme UI 4.0 yang berasaskan Android 13.

realme GT Neo5 SE akan ditawaekan didalam dua warna iaitu blue dan black pada harga yang bermula dari CNY 2,099 (RM 1,345).

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.