Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S23 FE akan dilancarkan pada suku ke-4 dengan cip Exynos 2200

Samsung Galaxy S23 FE

Khabar angin mengenai pelancaran Samsung Galaxy S23 FE tidak pernah reda walaupun pelancaran telefon pintar ini dilihat tidak konsisten seperti telefon pintar Samsung yang lain.

Untuk rekod, Samsung Galaxy S21 FE dilancarkan pada bulan Januari 2022 namun Galaxy S22 FE tidak dilancarkan.

Walaubagaimanapun, laporan terbaru dari SamMobile kini mendakwa bahawa Galaxy S23 FE akan dilancarkan pada suku ke-4 2023 yang bermaksud pelancaran pada bulan Oktober hingga Disember tahun ini.

Selain itu, SamMobile juga mendakwa bahawa Samsung Galaxy S23 FE akan dikuasakan oleh satu jenis cipset sahaja iaitu Exynos 2200 dan tiada versi Snapdragon.

Selain itu, Galaxy S23 FE juga akan memiliki sensor utama 50MP, bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 25W dan dua konfigurasi storan iaitu 6/128GB dan 8/256GB.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.