Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jenama FreeYond kini di Malaysia – dua model telefon pintar dilancarkan iaitu FreeYond M5 dan F9

FreeYond, jenama telefon pintar baharu yang secara rasminya telah memasuki pasaran Malaysia telah memperkenalkan dua model telefon pintar mereka untuk pasaran tempatan hari ini.

FreeYond M5 dan FreeYond F9

Dua model telefon pintar tersebut adalah FreeYond M5 dan FreeYond F9 yang ditawarkan pada harga jualan yang amat berpatutan.

FreeYond M5

FreeYond M5 tampil dengan skrin paparan IPS berukuran 6.52-inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz serta kadar kepatan piksel 270ppi.

Selain itu, FreeYond M5 dijana cip UNISOC T6060 berkelajuan 1.6GHz, 6GB/8GB RAM, 128GB/256GB storan dalaman dan sistem operasi Android 12.

Beralih kepada kamera, FreeYond M5 juga memiliki sensor utama 50MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 2MP dan kamera selfie 8MP.

Ke bahagian bateri pula, FreeYond M5 memiliki sel berkapasiti 5,000mAh yang turut disertakan bersama pengecasan pantas 18W (USB-C).

Lain-lain spesifikasi yang dimiliki FreeYond M5 adalah sensor capjari pada butang kuasa, Bluetooth 5.0, bicu audio 3.5mm dan sokongan dwi-SIM.

FreeYond M5 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Blue dan Black pada harga RM 699.

FreeYond F9

FreeYond F9 adalah model yang lebih entry-level daripada dua model ini dan ianya tampil dengan skrin paparan IPS berukuran 6.52-inci dengan resolusi HD+ namun kadar segar semula adalah 60Hz sahaja.

Selain itu, FreeYond F9 dijana cip UNISOC SC9863A berkelajuan 1.6GHz, 2GB/3GB RAM, 64GB/128GB storan dalaman dan sistem operasi Android 12 Go.

Beralih kepada kamera, FreeYond F9  memiliki sensor utama 13MP, sensor makro 2MP dan kamera selfie 8MP.

Ke bahagian bateri pula, FreeYond F9 memiliki sel berkapasiti 5,000mAh yang disertakan bersama pengecasan 5V/2A (USB-C).

Lain-lain spesifikasi yang dimiliki FreeYond F9 adalah Bluetooth 4.2 dan bicu audio 3.5mm.

FreeYond F9 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Blue dan Black pada harga RM 499.

Produk FreeYond akan ditawarkan melalui wakil pengedar sah rasmi di seluruh Malaysia dan di dalam talian melalui stor rasmi FreeYond di Shopee dan Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.