Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

FreeYond Watch S1 dan Watch F1 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 119

FreeYond Watch S1 dan Watch F1 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 119 3

Direka untuk pengguna yang mementingkan aspek kecergasan dan gaya hidup aktif. FreeYond Watch S1 dan FreeYond Watch F1 menawarkan pelbagai fungsi canggih yang membolehkan pengguna menjejak aktiviti kecergasan, memantau kesihatan, dan kekal terhubung pada bila-bila masa.

FreeYond Watch S1 merupakan jam tangan pintar yang serba lengkap, diperbuat daripada kerangka aloi zink, bersama butang yang diperbuat daripada keluli tahan karat. Ia menampilkan skrin 1.39 inci dengan kaca tegar dan penarafan IP68.

Baterin FreeYond Watch S1 mampu bertahan sehingga 7 hari berdasarkan tahap penggunaan yang ringan serta tempoh sedia selama 60 hari.

FreeYond Watch F1

Beralih ke satu lagi model jam pintar FreeYond iaitu Watch F1 yang merupakan jam tangan pintar yang menawan dengan skrin paparan berukuran 1.8 inci.

Ia juga mempunyai penarafan IP67 dan bateri yang mampu bertahan selama 5 hari berdasarkan penggunaan yang ringan serta mempunyai tempoh tunggu sedia selama 50 hari. 

Kedua-dua jam tangan pintar ini didatangkan dengan tali jam silikon dan dilengkapi dengan aneka fungsi pengurusan kesihatan seperti pemantau kadar degupan jantung, paras oksigen darah, dan kualiti tidur.

Ia juga mempunyai keupayaan pengurusan komunikasi yang menyeluruh untuk memastikan anda kekal terhubung dengan selancarnya, serta pelbagai kemudahan sampingan seperti lampu suluh, fungsi pengingat pengambilan air, dan banyak lagi.

Selain itu, FreeYond Watch S1 dan FreeYond Watch F1 turut membawakan lebih daripada 100 mod aktiviti kecergasan, serta pelbagai permainan ringkas dan watch face untuk jam tangan ini. 

FreeYond Watch S1 dan FreeYond Watch F1 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 159 dan RM 119 bermula 26 Mac ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.