Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

WhatsApp Group bakal mempunyai ciri penetapan tarikh luput

Penambahbaikan WhatsApp dari semasa ke semasa memastikan aplikasi permesejan ini kekal relevan dikalangan pengguna dan ciri baharu yang bakal ditawarkan kini sedang diuji.

Berdasarkan screenshot yang dikongsikan, ciri ini adalah dibawah bahagian tetapan Group yang membolehkan anda memilih jangka masa luput Group tersebut samada satu hari, satu bulan atau tarikh tertentu.

Walaubagaimanapun tetapan ini hanya digunapakai untuk akaun anda yang bermaksud ahli lain didalam Group akan kekal pada Group ini melainkan mereka juga menetapkan tarikh luput.

Dalam pada itu, WhatsApp juga memberikan anda kebebasan untuk menukar tarikh luput sesuatu Group mengikut keperluan anda dan ianya akan turut memberikan anda peringatan terakhir sebelum memadam mesej didalam group.

Ini sudah pastinya dapat mengurangkan sedikit penggunaan memori dan memberikan anda akaun Whatsapp yang lebih teratur.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.