Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Find N2 Flip Pop-up Experience Store kini dibuka di Pavillion KL

OPPO Malaysia membuka OPPO Find N2 Flip Pop-up Experience Store yang baru dilancarkan dengan struktur gergasi Find N2 Flip yang diletakkan di pintu masuk utama Pavilion KL.

struktur gergasi OPPO Find N2 Flip ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dan ianya adalah salah satu tarikan yang perlu anda lihat jika berkunjung ke Pavilion KL.

Bergaya bersama struktur Flip terbesar di Malaysia dan menangi hadiah menarik melalui peraduan “Flip-a-Pose”

Semasa berada Pop-up Experience Store ini, pastikan anda melihat struktur Flip terbesar untuk mengambil gambar foto sudut Pavilion yang tidak pernah dilihat sebelum ini dan ia akan dipamerkan pada skrin utama dan pada cover screen.

Bahagian yang menyeronokkan ialah pengguna dengan pose paling kreatif mungkin berpeluang memenangi hadiah menarik melalui peraduan Flip-a-Pose OPPO.

Serlahkan kreativiti dan memenangi hadiah hebat.

Peraduan ini berlangsung dari 6 hingga 10 Mac 2023, apa yang perlu dilakukan oleh para peserta ialah menunjukkan gaya kreatif mereka melalui OPPO Find N2 Flip gergasi ini dan teruskan menyiarkan foto yang diambil dengan hashtag #OPPOFindN2Flip dan #OPPOGiantFlip pada akaun media sosial mereka.

Sesiapa sahaja boleh menyertai peraduan dan berpeluang menjadi salah seorang daripada 30 x pemenang OPPO Enco Air3.

30 peserta terbaik juga akan layak secara automatik ke pusingan akhir persembahan posing secara langsung pada 11 Mac 2023 jam 10 pagi dan berpeluang menjadi salah satu daripada pemenang 3 unit OPPO Find N2 Flip.

Untuk terma dan syarat, layari https://www.oppo.com/my/store/contents/event/FindN2Flip-Flip-a-Pose/tnc

Selain itu, OPPO telah membawa mesin robot lipatan Find N2 Flip yang akan menunjukkan ketahanan melipat telefon ini secara berterusan dari saat stor Pengalaman Pop-up ini bermula pada 6 Mac hingga 12 Mac dan OPPO Find N2 Flip juga telah memperoleh pensijilan  TÜV Rheinland untuk dapat menahan lebih 400,000 kitaran lipatan pada suhu bilik standard*

OPPO Find N2 Flip kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,999.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.