Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco X5 Pro dan Poco X5 akan dilancarkan pada 6 Februari ini

Poco secara rasminya telah mengesahkan bahawa Poco X5 5G dan Poco X5 Pro 5G akan dilancarkan pada 6 Februari dan kebarangkalian telefon pintar ini memasuki pasaran Malaysia adalah tinggi kerana ini adalah pelancaran global telefon pintar ini.

Poco X5 Pro 5G adalah model yang pasti mencuri tumpuan dan ianya telah disahkan akan hadir dengan skrin paparan 120Hz Xfinity AMOLED berukuran 6.67-inci dijana cip Qualcomm Snapdragon 778G, 6GB atau 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Selain itu, Poco X5 Pro 5G akan juga dilengkapi sensor utama 108MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP manakala kamera selfie adalah 16MP.

Poco X5 Pro 5G juga akan dilengkapi bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W dan MIUI 12 yang berasaskan Android 12.

Dalam pada itu, maklumat spesifikasi bagi Poco X5 5G pula masih tidak diketahui namun segalanya akan terjawab pada 6 Februari ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.