Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic5 Series akan dilancarkan secara rasmi di MWC 2023

Honor secara rasminya telah mengesahkan bahawa Honor Magic5 Series pada sidang Mobile World Congress (MWC) 2023 yang akan berlangsung di Barcelona.

Honor Magic5 Series akan dilancarkan terus ke dipentas global tanpa pelancaran di pasaran China manakala telefon pintar foldable Honor Vs pula akan membuat penampilan global selepas dilancarkan lewat tahun lalu.

Honor Magic5 Series sudah pastinya mencuri tumpuan kerana ianya adalah siri flagship syarikat ini dan ianya dijangka akan dijana cip Snapdragon 8 Gen 2.

Selain itu, Honor Magic5 Series juga dikatakan akan terdiri daripada tiga model iaitu Honor Magic5, Honor Magic5 Pro dan Honor Magic5 UltimateX.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.