Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Wallet kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia

Samsung Wallet yang dilancarkan pada bulan Jun tahun lalu adalah sebuah aplikasi yang menggabungkan Samsung Pay dan Samsung Pass dibawah satu nama dan ianya telah ditawarkan di 21 pasaran setakat ini.

Kini, Samsung telah mengumumkan bahawa perkhidmatan ini telah ditawarkan di 8 lagi negara  iaitu Australia, Brazil, Kanada, Hong Kong, India, Malaysia, Singapura dan Taiwan.

Samsung Wallet adalah sebuah perkhidmatan yang menyimpan pelbagai maklumat kad anda seperti kad kredit, kad debit, kad perpustakaan, kad keahlian, kad hadiah dan juga beberapa jenis kunci digital serta aset digital seperti dompet blockchain.

Selain itu, Samsung juga telah berkerjasama dengan beberapa pengeluar kereta seperti BMW dan Hyundai yang membolehkan fungsi kunci digital disimpan pada Samsung Wallet.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy Unpacked 2023 yang berlangsung didalam masa beberapa hari sahaja lagi dan ini akan menyaksikan pelancaran Samsung Galaxy S23 Series.

Saksikan secara langsung pada 2 Februari (2 pagi waktu Malaysia) di YouTube Samsung MalaysiaSamsung Malaysia, Facebook Samsung Malaysia dan Samsung Malaysia Newsroom.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.