Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor X9a 5G akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi – paparan curved OLED yang tahan lasak

Honor secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar baharu Honor X9a 5G bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Honor X9a 5G merupakan generasi baharu siri HONOR X selepas pelancaran model Honor X9 5G pada awal tahun ini.

Honor X9a 5G dijangka akan tampil dengan skrin paparan OLED melengkung yang lebih kukuh dan ianya juga tampil dengan rekaan panel belakang seperti telefon pintar Honor Magic4.

Honor X9a 5G ini tampil dengan kaca berketebalan 0.65mm yang mempunyai daya tahan tinggi dan telah melalui 33 ujian ketahanan seperti menjatuhkan peranti  di atas mamar dan lantai konkrit.

untuk maklumat lanjut mengenai HONOR X9a 5G,  layari laman web https://www.hihonor.com/my/ atau ikuti Facebook HONOR Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.