Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

WhatsApp kini menawarkan ciri Message Yourself

WhatsApp kini menawarkan ciri Message Yourself 1WhatsApp kini menawarkan ciri Message Yourself 1

WhatsApp telah mula menawarkan ciri Message Yourself kepada pengguna Android dan iOS selepas ujian beta ciri selesai.

Ciri Message Yourself membolehkan anda mempunyai satu ruang chat yang hanya boleh diakses oleh anda dan anda boleh menghantar teks, imej, video dan fail seperti pada chat yang lain.

Tujuan ciri ini diberikan adalah untuk anda menyimpan nota penting, dokumen atau pautan laman web untuk rujukan dimasa hadapan.

Untuk rekod, WhatsApp telah menguji ciri Message Yourself pada bulan Oktober dan selepas ujian beta, ianya telah mula ditawarkan kepada pengguna umum.

Dalam pada itu, pesaing WhatsApp iaitu Telegram telah mempunyai ciri seperti ini sejak ianya mula ditawarkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.