Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Adakah Apple mahu membeli Manchester United?

Apple merupakan antara syarikat yang terkaya didunia dan terdapat laporan bahawa Apple ingin membuat pelaburan pertama mereka pada bidang sukan dengan membeli kelab bola sepak Manchester United.

Baru-baru ini keluarga Glazer yang merupakan pemilikĀ kelab bola sepak terkemuka didunia dan England iaitu Manchester United telah mengumumkan penjualan kelab ini selepas dibeli pada tahun 2005.

Sejurus selepas pengumuman ini dibuat, banyak pihak yang dikatakan berminat untuk membeli kelab ini dengan nilai anggaran sekitar $7 biliion dan nama Apple turut dipetik sebagai salah satu badan yang berminat.

Walaubagaimanapun, laporan terbaru dari sumber rapat Apple mendedahkan bahawa Apple tidak berminat untuk membeli Manchester United.

Walaupun Apple tidak mempunyai perancangan untuk membeli mana-mana kelab sukan, Apple menerusi Apple TV+ telah mula membeli kandungan sukan seperti Major League Baseball kepada pelanggan mereka.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.