Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

iQOO 11 5G dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia

iQOO baru-baru ini telah mengesahkan ianya akan melancarkan telefon pintar mereka untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Terbaru, iQOO Malaysia telah mengesahkan bahawa telefon pintar pertama jenama ini di pasaran tempatan adalah iQOO 11 yang dilihat sebagai sebuah telefon pintar kelas flagship syarikat ini dan masih belum diumumkan secara rasmi.

Memandangkan ianya sebuah peranti flagship premium, iQOO 11 ini dijangka akan dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 yang telah diumumkan awal pagi tadi dan rekaan yang terhasil dengan kerjasama BMW M Motorsport.

Selain itu, tidak banyak yang diketahui mengenai telefon pintar iQOO ini namun ianya pasti akan merancakkan lagi industri telefon pintar di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.