Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Tab S8 Series kini lebih berpatutan – dari RM 3,199


Samsung Galaxy Tab S8 Series telah diperkenalkan awal tahun ini bersama-sama Galaxy S22 Series dan Samsung Malaysia kini telah mengumumkan penurunan harga bagi semua model tablet Galaxy Tab S8 Series ini.

Samsung Galaxy Tab S8 Series mempunyai tiga model iaitu Galaxy Tab S8, Galaxy Tab S8+ dan Galaxy Tab S8 Ultra yang mana kesemua model ini mempunyai S Pen.

Samsung Galaxy Tab S8 Ultra

Samsung Galaxy Tab S8 Ultra merupakan tablet terbesar didalam keluarga ini yang memfokuskan kepada hiburan dan produktiviti.

Chasis Samsung Galaxy Tab S8 Ultra diperbuat daripada Armor Aluminum dan ianya mempunyai ketebalan 5.5mm sahaja dan terdapat panel magnetik pada bahagian belakang untuk mengecas dan meletakkan S Pen.

Samsung Galaxy Tab S8 Ultra hadir dengan skrin paparan WQXGA+ Super AMOLED berukuran 14.6-inci dengan kadar segar semula 120Hz, pemproses Snapdragon 8 Gen 1, sehingga 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Samsung juga memberikan fokus khas kepada kualiti panggilan video pada Galaxy Tab S8 Ultra dan ianya dilengkapi dua unit kamera 12MP pfa bahagian hadapan iaitu satu sensor wide 12MP dan satu sensor ultrawide 12MP dengan pelbagai ciri menarik seperti autoframing dan banyak lagi. Kamera belakang adalah 13MP + 6MP ultrawide dengan kebolehan rakaman 4K.

Untuk pengalaman multimedia yang lebih imersif, Samsung Galaxy Tab S8 Ultra juga dilengkapi tetapan quad-speaker dengan Dolby Atmos dan terdapat tiga mikrofon untuk kualiti panggilan audio yang jelas dan tanpa bunyi bising latar belakang.

Beralih kepada bateri, Samsung Galaxy Tab S8 Ultra dilengkapi bateri berkapasiti 11,200mAh yang juga menyokong pengecasan pantas 45W namun tiada adapter disertakan dalam kotak namun terdapat kabel USB-C yang juga boleh digunakan untuk mengecas peranti lain.

Selain itu, Galaxy Tab S8 Ultra juga menyokong Wi-Fi 6E, sensor capjari dalam skrin dan One UI 4.

Samsung Galaxy Tab S8 Ultra kini ditawarkan pada harga RM 5,399 (12/256GB) didalam warna Graphite.

Samsung Galaxy Tab S8+

Samsung Galaxy Tab S8+ adalah tablet yang lebih kompak dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 12.4-inci dan masih menawarkan kadar segar semula 120Hz seperti pada Tab S8 Ultra.

Samsung Galaxy Tab S8+ juga dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1, 8GB atau 12GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB.

Beralih bahagian kamera, Galaxy Tab S8+ memiliki satu sensor hadapan ultrawide 12MP yang mampu menawarkan kualiti panggilan video terbaik manakala pada bahagian belakang, ianya tampil dengan sensor kamera yang seperti pada Tab S8+ Ultra iaitu 13MP + 6MP sensor ultrawide.

Ke bahagian bateri, Samsung Galaxy Tab S8+ memiliki bateri berkapasiti 10,090mAh yang juga menyokong pengecasan pantas 45W dan ianya juga boleh digunakan untuk mengecas peranti lain menggunakan kabel.

Seperti Tab S8 Ultra, Tab S8+ juga menyokong Wi-Fi 6E, quad-speaker dengan Dolby Atmos, sensor capjari pada skrin, S Pen dalam kotak dan ditawarkan pada harga RM 4,299 (8/256GB).

Samsung Galaxy Tab S8

Samsung Galaxy Tab S8 adalah model yang paling kecil didalam keluarga Tab S8 dan ianya dilengkapi skrin paparan LTPS TFT berukuran 11-inci namun ianya masih menawarkan kadar segar semula 120Hz.

Seperti Galaxy Tab S8+, Tab S8 juga hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, quad speaker dengan Dolby Atmos dan pengecasan pantas 45W bagi bateri berkapasiti 8,000mAh.

Beralih bahagian kamera, Galaxy Tab S8 memiliki satu sensor hadapan ultrawide 12MP yang mampu menawarkan kualiti panggilan video terbaik manakala pada bahagian belakang, ianya tampil dengan sensor kamera yang seperti pada Tab S8+ Ultra dan S8+ iaitu 13MP + 6MP sensor ultrawide.

Samsung Galaxy Tab S8 juga menyokong Wi-Fi 6E, sensor capjari pada butang kuasa di sisi dan ditawarkan pada harga RM 3,199 (8/128GB).

Samsung Galaxy Tab S8 ditawarkan didalam tiga warna iaitu Graphite, Silver dan Pink Gold.

Maklumat lanjut di Samsung Malaysia 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.