Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

iOS 16.2 akan tawar ciri Always On Display yang lebih ringkas – tanpa wallpaper dan notifikasi

Selepas sekian lama, Apple mula menawarkan ciri Always On Display pada Apple iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max yang dilancarkan pada bulan September yang lalu.

Sinonim dengan cara ‘Apple’ , ciri Always On Display pada Apple iPhone 14 Pro Series ini adalah berbeza dimana keseluruhan latar home screen menjadi gelap namun masih boleh kelihatan dan ini dihat memberikan kesan kepada jangka hayat bateri.

Walaubagaimanapun, ujian beta versi iOS 16.2 mendedahkan bahawa ciri Always On Display kini mempunyai pilihan untuk memadam gambar latar belakang dan notifikasi yang bermaksud hanya jam dan widget akan dipaparkan.

Ini membolehkan ciri alway on display yang lebih ringkas dan sudah pastinya akan membantu kepada penjimatan bateri.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.