Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Beam tawar diskaun 15% bagi perkhidmatan e-skuter sempena PRU 15

Tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 semakin hampiri  kita dan Beam telah mengumumkan penawaran diskaun untuk menaiki e-skuter mereka merentasi Lembah Klang.

Promosi  ini akan berlangsung dari 14 hingga 20 November 2022, dan rakyat Malaysia boleh menggunakan perkhidmatan e-skuter Beam dengan mudah untuk menikmati diskaun 15% untuk semua tunggangan, dan tambahan RM1.50 diskaun selain daripada itu apabila menamatkan perjalanan dipusat mengundi.

Memandangkan promosi #BeamToVote berlangsung sehingga Ahad, 20 November, rakyat Malaysia juga akan dapat melengkapkan perjalanan pertama dan terakhir mereka ke dan dari hab transit awam di sekitar Lembah Klang, dalam perjalanan mereka ke atau dari kawasan pengundian mereka.

Cari e-skuter Beam terdekat berhampiran anda dengan memuat turun aplikasi di Apple Store atau Google Play Store.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.