Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Mate50 Series akan ditawarkan melalui Maxis dan Digi mulai 12 November ini

HUAWEI Mate50 Series akan ditawarkan melalui Maxis dan Digi mulai 12 November ini 11

Sempena pelancaran Siri HUAWEI Mate50 baru-baru ini, HUAWEI telah bekerjasama dengan dua syarikat  telekomunikasi di Malaysia iaitu Maxis dan Digi dalam menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk seluruh rakyat Malaysia.

Siri HUAWEI Mate50 akan mula ditawarkan di Malaysia bermula 12 November ini,  pada harga dari RM3,699 dan terdapat  tiga varian iaitu HUAWEI Mate50, HUAWEI Mate50 Pro dan HUAWEI Mate50 Pro Orange Vegan Leather

Peranti flagship ini adalah telefon pintar berprestasi terkini yang merangkumi teknologi unggul dan inovasi yang lebih berkuasa berbanding sebelum ini.

HUAWEI Mate50 Series akan ditawarkan melalui Maxis dan Digi mulai 12 November ini 12

Pelan Maxis Postpaid!

Mulai 12 November 2022, pelanggan Maxis Postpaid boleh mendapatkan Siri HUAWEI Mate50 terkini pada harga serendah RM65/bulan melalui pelan Zerolution, dengan ansuran sehingga 36 bulan.

Dengan ini, pelanggan juga layak mendapat hadiah percuma termasuk jaminan lanjutan satu tahun, ganjaran HMS Exclusive dan jaminan skrin tiga bulan.

Maklumat lanjut pelan Maxis di SINI

HUAWEI Mate50 Series akan ditawarkan melalui Maxis dan Digi mulai 12 November ini 13

Pelan eksklusif untuk Pelanggan Digi

Digi akan menawarkan HUAWEI Mate 50 Pro daripada serendah RM70/bulan melalui pelan PhoneFreedom 365. Eksklusif untuk pelanggan Digi, mereka juga layak menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM786, termasuk HUAWEI Watch Fit, perlindungan skrin tiga bulan dan ganjaran HMS Exclusive.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang melanggan pelan Digi Postpaid sekarang sehingga 18 Disember 2022 akan menerima kuota tambahan sehingga 135GB untuk mengakses Internet berkelajuan tinggi disamping tawaran Juara Internet Untuk Semua yang sedia ada.

Maklumat lanjut pelan Digi di SINI

HUAWEI Mate50 Series akan ditawarkan melalui Maxis dan Digi mulai 12 November ini 11

Sekiranya anda terlepas, siri HUAWEI Mate50 hadir dengan teknologi inovatif seperti:

  1.  Apertur fizikal boleh laras sehingga 10 saiz dan saiz apertur besar F1.4
  2. Telefon pintar pertama HUAWEI yang hadir dengan sistem kamera XMAGE
  3.  Telefon pintar pertama  HUAWEI yang menggunakan EMUI 13 dengan ciri baharu seperti SuperHub dan SuperStorage
  4. Telefon pintar pertama dalam industri yang mendapatpensijilan tahan jatuh kaca lima bintang dari SGS Switzerland
  5. Mod Kecemasan Bateri Rendah, menyokong masa standby selama 2 jam atau masa panggilan sehingga 12 minit pada tahap bateri 1%

HUAWEI Mate50 Series akan ditawarkan melalui Maxis dan Digi mulai 12 November ini 15

Lebih menarik, siri HUAWEI Mate50 kini menyokong aplikasi Google . Ikut langkah-langkah berikut dan anda boleh mengguna aplikasi Google pada siri HUAWEI Mate50:

1. Pergi AppGallery, cari aplikasi Lighthouse dan muatturun

2. Log masuk ke akaun Google anda

3. Kembali ke AppGallery, cari aplikasi Google yang anda ingin guna seperti Google Drive, Google Photos, Google Maps dan Youtube, serta muat turun

4. Aplikasi Google yang dimuat turun siap dilog masuk dengan akaun Google anda.
Untuk maklumat lanjut, perkembangan terkini atau promosi mengenai Siri Mate50, sila layari Laman Web Rasmi HUAWEI, laman Facebook atau Instagram Rasmi HUAWEI.
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.